Pages

Sunday 16 October 2011

Pemakanan Seimbang



Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi.

Nutrien

Karbohidrat

Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.

Protein

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti.Selain itu,lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.
Pengambilam lemak yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan badan.Hal ini kerana lemak yang tidak digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari.

Galian

Zat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyak terdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.

Vitamin

Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badan mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Serat

Serat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minum banyak air.

....Tempat percutian...

tempat-tempat yang menarik di malaysia.


gambar dibawah merupakan tempat yang menarik yang boleh kita lawat seperti di Sabah seperti gunung kinabalu dan pulau sipadan di sarawak iaitu mulu seperti conapy skywalk dan rumah panjang,manakala di negeri sembilan pula kita boleh pergi ke seri meranti atau ulul bendol,di terengganu pula seperti air terjun chemerong dan tasik kenyir. di bahagian uatara pula kita bole pergi ke baling di hutan lipur bukit hijau dan gua kelam di perlis. di pahang pula kita boleh melawat di bukit Fraser,cameron highland dan bukit janda baik.
gunung kinabalu,Sabah

puncuk gunung kinabalu,Sabah


pulau sipadan,Sabah 
dalam laut pulau sipadan,Sabah

conapy skywalk mulu,Sarawak

sungai Melaka pd waktu malam,Melaka

hutan lipur bukit hijau baling,Kedah

gua kelam perlis

bukit fraser,Pahang

cameron highland,Pahang

seri meranti,Negeri sembilan

air terjun chemerong Terengganu

A Famosa, Melaka

Pasar Siti Khatijah,Kelantan

Rumah Panjang Sarawak

Ulul bendol Negeri Sembilan

Tasik Kenyir Tengganu
bukit janda baik,Pahang
dan banyak lagi tempat yang menarik yang boleh kita pilih selain gambar di atas...

Asam pedas cara Brunei



bahan-bahan:
1 ekor ikan merah yang sederhana besar
(disaing dan dipotong ikut suka)
500 ml air
½ bawang besar (dihiris)
3 keping asam gelugur
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
4 biji lada hidup
10 biji cili padi
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

*Bahan-bahan ini dikisar halus dan dicampur dengan 2 sudu teh serbuk kunyit

cara-cara:
Panaskan minyak tumis bawang besar dahulu barulah masukan bahan kanan dan tumis sehingga mengeluarkan bau, barulah masukkan air. setelah air mendidih masukkan serai,asam, garam dan ikan sehingga masak dan agak pekat.

Aiskrim Goreng




Bahan-bahan:
ais krim(nestle)
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
air
2 cawan breadcrumb
1 cawan cornflakes
1 cawan coco crunch

*jem stawberry




Cara-cara:
1)tepung dan telur dicampur dengan air..kacau dengan sebati.asingkan
2)campurkan breadcrumb,cornflakes,coco crunch ke dalam mangkuk..asingkan
3)mula-mula cedok aiskrim supaya menjadi bulat.
4)celupkan ke dalam tepung tadi..dan terus golek kan ke dalam campuran breadcrumb tadi..
5)bungkus kan ia ke dalam plastic wrapping.
6)bekukan ia ke dalam freezer selama 30-45 minit.sehingga ia keras.
7)bubuh minyak ke dalam kuali..tunggu sehingga minyak itu panas.
8)apabila minyak sudah panas...ambik aiskrim tadi..buka bungkusan plastik dan goreng hingga kekuningan.
9)jem dimasak dengan sedikit air agar ia cair sedikit..(biarkan ia pekat)


http://resepi.mesra.net/Detailed/6470.shtml

Kek Batik Lapis Taliban



bahan-bahan:
15 biji telur
16ozs mentega
1 botol kecil horlick
2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 peket serbuk santan segera
1 tin susu manis
1 sudu teh esen vanilla
½ botol kecil pandan paste
1 sudu makan browning sugar + 6 sudu mkn milo
sedikit perisa strawberi dan warna merah


cara-cara:
Pukul bahan A sampai kembang dan gebu.
Bahgi kepada 4 bahagian:-
1. asal - 5 senduk
2. merah + perisa strawberi - 3 senduk
3. hijau + perisa pandan - 8 senduk
4. browning + coklat - 8 senduk

Lapis - lapiskan sampai habis - seperti membuat marble kek.
Kukus hingga masak selama lapan jam.


http://resepi.mesra.net/Kuih_Raya/more6.shtml

Saturday 15 October 2011

Udang 1000 Rasa



Bahan-bahan
Bahan 1
500 g udang
2 biji telur
3 sudu tepung jagung
garam
lada hitam
minyak


Bahan 2
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6 sudu sos cili
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 biji telur (dipukul)
Gula
Garam

cara-cara
1. Gaulkan semua bahan 1. Kemudian goreng udang hingga masak.

2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih. Selepas garing, masukkan semua sos dan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Selepas itu masukkan udang dan gaul hingga rata. Akhir sekali, masukkan telur yang telah dipukul dan gaul rata.

4. Hidangkan di dalam pinggan.

Chicken Chop



Bahan-bahan
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)


bahan untuk sos
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)


cara-cara
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.